Same News Different Reports (Utusan vs The Star)



I read my favorite news portal this morning (Raja Petra’s Malaysia Today) and I had to share this piece of news with all of you.

Jambatan bengkok wajar dibina – Shahrir
(
Utusan Malaysia, 19 April 2009) – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura wajar diteruskan.

Kata beliau, jambatan yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura itu boleh dilaksanakan dengan semangat setia kawan antara kedua-dua negara.

“Sebagaimana kita maklum kedua-dua Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan empat mata di Pattaya, Thailand baru-baru ini dan isu perbincangan berkisar projek ikon ini dan saya yakin ia dibincangkan secara serius.

“Saya menaruh keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong telah memperhalusi dan memikirkan secara terperinci berhubung projek ini demi kebaikan bersama,” katanya di sini hari ini.

Mengenai isu jambatan itu yang dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menjelaskan: “Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007.”

“Ini membawa maksud ketika itu, Singapura telah siap bina Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang menjadi pelengkap kepada jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924 itu,” jelasnya.

Shahrir berkata, pembinaan projek ikon itu juga boleh dijadikan asas kepada lambang penyertaan Singapura dalam pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu di Raub, Dr. Mahathir ketika mengulas gesaan UMNO Johor Bahru berkata, kerajaan sepatutnya tidak menghentikan langsung pembinaan jambatan itu.

“Bohong, kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina,” katanya.

[ad]

Shahrir against crooked bridge, prefers better ties
(
The Star, 20 April 2009) – Johor Baru MP Datuk Shahrir Abdul Samad is against the revival of the crooked bridge project and has instead proposed that both countries work together to build a straight one.

He said a straight bridge would be good for building better bilateral ties between both governments. The Singapore Government has agreed on the development of iconic projects in Iskandar Malaysia. “Why not build a straight bridge as one of the iconic projects?” he asked.

Shahrir added that a new straight bridge across the causeway would show renewed bond and would benefit both countries.

“It has come to my attention that many Johoreans are hopeful that our new prime minister and Cabinet will revive the crooked bridge project. The public must understand that bilateral ties between both countries will suffer if the project is revived,” he said, adding that the Malaysian Government should consider all implications when reviewing the project.

The Star had reported recently that many businesses have been suffering since the opening of the new CIQ complex last year and they were counting on the crooked bridge project to be revived to boost business in the city.

Shahrir was speaking to reporters at the launch of an anti-drug community service centre for residents of Taman Sri Stulang yesterday.

On the decision to open the old CIQ complex to pedestrians, Shahrir commended the Government and hoped that it would be implemented soon.

Ain’t it just hilarious? 2 mainstream newspapers contradicting each other? Utusan Malaysia is now officially a tabloid. Talk about sensationalist journalism. :-D

Good thing there’s Malaysia Today to shed light on nonsense like these.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...